Ini antara program yang akan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi-agensi, sebagai menyokong usaha kerajaan merancakkan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, 30 peratus atau 2,000 orang daripada jumlah itu terdiri daripada anak-anak dari luar FELDA.
"Kerajaan berharap pihak swasta, badan korporat serta syarikat berkaitan kerajaan akan dapat memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan dan kesejahteraan rakyat melalui CSR," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Yayasan 1MDB 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pula akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah arau untuk pelajar prasekolah di pedalaman Sarawak, Klinik bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.
Yayasan 1MDB ditubuhkan pada Januari 2010 bagi menguruskan Dana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) khusus bagi melancarkan beberapa inisiatif utama dalam usaha merapatkan jurang sosio-ekonomi, ke arah memenuhi nilai-nilai aspirasi 1Malaysia.
Antara inisiatif utama syarikat pembangunan strategik utama dipacu pasaran bagi membantu mengubah Malaysia menjadi ekonomi maju, yang kompetitif, inklusif dan berkekalan itu ialah, menggalakkan peluang sama rata kepada pendidikan dan kualiti hidup semua rakyat Malaysia.
Perdana Menteri berkata, syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan GLC pula akan memperuntukkan hampir RM500 juta untuk menjalankan CSR dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam persekitaran.
Sumber : Berita Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan