Ads 468x60px

Sabtu, 22 September 2012

Sedia berdepan pembangkang

BACHOK - Barisan Nasional (BN) Kelantan sedia  berdepan parti pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Kita siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sebaik sahaja diumumkan (PRU13) oleh Presiden parti,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis Astro Fiesta Mesra Belia di Beris Kubur Besar, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.

Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus Awang Adek akan ditentang calon PKR bagi kerusi kawasan Parlimen Bachok yang kini diwakili bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sambutan golongan muda terhadap program dianjurkan BN sangat menggalakkan termasuk program yang diadakan semalam.

Katanya, sambutan menggalakkan berbanding sebelum ini sebagai satu petanda baik untuk BN merampas Kelantan daripada pemerintahan Pas.

BN akan memperbanyakkan lagi program-program  belia di seluruh negeri dengan  kerjasama parti komponen BN.

Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk