KAMPAR - Seorang pemandu bas ekspres maut manakala dua penumpang parah selepas bas yang dinaiki terjunam ke gaung sedalam 12 meter di Kilometer 301.5, Lebuh Raya Utara- Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 4.25 petang itu, mangsa, Hasmir Arshad, 43, maut serta-merta di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Dua penumpang yang parah ialah Farahzela Zainal Abidin, 27, dan Mong Ming Chai, 49, dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan.
Difahamkan, pemandu bas itu cuba mengelakkan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Avanza yang terbabas dan berpusing di tempat kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan