KUANTAN - Mahkamah Tinggi Kuantan di sini semalam menetapkan Khamis ini untuk keputusan permohonan ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun' Harun Mat Saat, yang dituduh membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), supaya dilepaskan dengan jaminan.
Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman menetapkan tarikh itu selepas peguam mewakili tertuduh, Hermes Media Putra Ibrahim memohon supaya anak guamnnya dilepaskan dengan jaminan atas alasan bagi membolehkan tertuduh mendapatkan rawatan di hospital akibat penyakit strok.
Timbalan Pendakwa Raya, Kalmizah Salleh bagaimanapun memohon tertuduh tidak dilepaskan dengan jaminan kerana yakin unit perubatan penjara mempunyai pegawai perubatan yang mampu merawat tertuduh.
Ujarnya, sebagai ketua sebuah organisasi dan mempunyai pengikut, jika dilepaskan ada kemungkinan tertuduh melarikan diri dan ada kecenderungan untuk mengulangi kesalahan sama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan