Ads 468x60px

Isnin, 17 Mac 2014

Sindiket sedang uji dadah baharu


KUALA LUMPUR - Siasatan awal polis mendapati enam pengunjung konsert hiburan di Bukit Jalil di sini mati dalam tempoh 10 minit selepas mengambil dadah ekstasi dipercayai mengandungi kandungan bahan kimia berbahaya baharu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dadah baharu itu didapati baru saja berada dalam pasaran Malaysia dipercayai awal tahun ini dan kemungkinan masih dalam peringkat diuji oleh sindiket dadah.
Menurut beliau, siasatan polis juga mendapati mereka yang mati berkongsi dadah itu yang dijual kepada pengunjung konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.
"Hasil siasatan dan saringan awal daripada ujian hospital, kesemua mereka positif dadah jenis ekstasi, methampetamine dan ampetamine," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kematian enam pengunjung konsert FMFA 2014 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin yang dipercayai akibat pengambilan dadah sintetik berlebihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk