Ads 468x60px

Sabtu, 23 Jun 2012

Caj RM15 lindungi setiap karya

KUALA LUMPUR - Para penggiat seni tanah air diminta tidak melepaskan peluang untuk mendaftarkan karya kreatif mereka pada Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 yang akan berlangsung di Hotel Renaissance di sini pada 25 Jun ini.
Mereka boleh mendaftarkan karya masing-masing dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di laman web www.myipo.gov.my atau mengisi borang yang disediakan di Hotel Renaissance pada hari berkenaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan mendaftar, artis-artis akan mendapat sijil pengesahan daripada Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) bahawa karya tersebut adalah hak milik tulen artis berkenaan.
Beliau berkata, sekiranya terdapat pertikaian mengenai status hak milik karya tersebut, artis terbabit boleh membawa sijil berkenaan ke mahkamah untuk dijadikan bukti.
Bagaimanapun, untuk kos proses perlindungan dan rekod, caj RM15 dikenakan ke atas setiap hasil karya yang didaftarkan.
"Selepas karya artis-artis didaftar, MyIPO akan mengeluarkan sijil pengesahan pendaftaran bagi hasil karya berkenaan.
"Ada banyak bentuk karya yang boleh didaftarkan seperti filem, lagu, buku, lirik, skrip, lukisan, foto dan rakaman bunyi.
"Semua hasil karya seni boleh didaftar pada Hari Himpunan Bintang 2012," katanya kepada Kosmo!ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Sumber : Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk