Ads 468x60px

Memaparkan catatan dengan label SUKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUKAN. Papar semua catatan

Isnin, 17 Mac 2014

Shakir yakin atasi wakil Vietnam


PENYERANG The Red Warriors, Ahmad Shakir Ali bersedia menggalas tugas selaku penggempur utama pasukannya pada pertemuan dengan wakil Vietnam, Vissai Ninh Binh dalam saingan peringkat kumpulan kempen Piala AFC di stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.
Ahmad Shakir dijangka bergandingan dengan peledak import kelahiran Liberia, Francis Forkey Doe selepas dua lagi tonggak serangan The Red Warriors, Ahmad Fakri Saarani dan Mohamad Ghaddar mengalami kecederaan.
Peledak berusia 25 tahun itu berkata, dia bertekad membalas kepercayaan jurulatih dengan memberikan persembahan terbaik pada perlawanan itu nanti.
Menurutnya, dia tidak mempunyai masalah untuk membentuk gandingan mantap dengan Forkey Doe kerana kedua-duanya pernah bermain bersama dalam perlawanan sebelum ini.
"Tugas yang diberikan ini merupakan satu cabaran buat saya untuk membuktikan kemampuan sebenar pada perlawanan tersebut dan kesempatan ini perlu digunakan sebaik mungkin.
"Saya berharap rakan-rakan sepasukan dapat memberikan aksi terbaik dan meneruskan rentak kemenangan dalam saingan AFC seperti yang telah dibuktikan pada aksi menentang South China sebelum ini," katanya.
Dia berkata demikian kepada pemberita ketika pada sidang akhbar pra perlawanan Piala AFC 2014 Kumpulan G antara Kelantan dengan Vissai Ninh Binh di Kota Bharu semalam.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah ketua jurulatih Kelantan, Steve Darby dan pengendali Vissai Ninh Binh, Nguyen Van Sy serta ketua pasukan, Nguyen Manh Dung.
Mengulas mengenai peluang The Red Warriors dalam perlawanan itu, Ahmad Shakir memberitahu, dia tetap optimis pasukannya mampu menumpaskan Vissai Ninh Binh.
Katanya, walaupun pasukan berkenaan mengungguli carta Kumpulan G, namun beraksi di gelanggang sendiri memberikan kelebihan kepada pasukannya dalam perlawanan itu nanti.
"Saya yakin dan percaya motivasi rakan-rakan sepasukan sudah berada pada tahap terbaik dan mereka semuanya sudah bersedia untuk memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti," ujarnya penuh yakin.

Liverpool pencabar utama


MANCHESTER, United Kingdom - Kapten Liverpool, Steven Gerrard menganggap skuad The Reds sebagai pencabar utama gelaran juara Liga Perdana England musim ini.
Gerrard menyuarakan keyakinan itu selepas meledakkan dua gol menerusi sepakan penalti ketika menewaskan Manchester United 3-0 di Old Trafford kelmarin.
Pemain tengah England itu menyumbat gol pertama pada minit ke-34 selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti kerana bola terkena tangan Rafael da Silva sebelum menambah gol kedua pada minit ke-46 setelah kesalahan Phil Jones ke atas Joe Allen di hadapan pintu gol United.
Bagaimanapun, Gerrard melepaskan peluang untuk meledakkan hatrik selepas sepakan penalti ketiga yang diambilnya sekadar terkena palang gol selepas Nemanja Vidic dilayangkan kad kuning kerana mengasari Daniel Sturridge.
Gol ketiga Liverpool hadir menerusi Luis Suarez pada minit ke-84.
Kemenangan itu meletakkan Liverpool di tangga kedua selepas hanya ketinggalan empat mata di belakang pendahulu liga, Chelsea yang mengumpul 66 mata.
Meskipun pengurus Liverpool, Brendan Rodgers enggan meletakkan keyakinan yang tinggi ke atas skuad The Reds, Gerrard yakin mereka mampu menjulang trofi liga musim ini.
"Kami yakin bahawa kami mampu memenangi gelaran juara liga, namun perkara yang mudah dalam bola sepak ialah bercakap.
"Liverpool hanya perlu melayan pasukan- pasukan seterusnya, Cardiff City dan Sunderland seperti mana kami menentang United hari ini.
"Mungkin saya sedikit berlagak ketika mengambil sepakan penalti terakhir tetapi menjaringkan dua gol merupakan perkara yang sangat penting," kata Gerrard. - AFP

SUMBER

Ahad, 16 Mac 2014

Wan Hashim bakal diiktiraf Book of Records


KOTA BHARU - Pengayuh basikal solo warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood yang berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia dalam tempoh 28 hari pada bulan lepas, bakal mendapat pengiktirafan dalam 'Malaysia Book of Records' (MBR).
   
Wan Hashim, 68, bakal diiktiraf sebagai 'Pengayuh Basikal Tertua Mengelilingi Semenanjung Malaysia' oleh MBR pada satu majlis khas yang akan diadakan pada 30 April depan.
   
"Saya telah mendapat surat daripada MBR yang memaklumkan saya akan menerima pengiktirafan itu minggu lalu dan saya rasa bersyukur kerana misi saya diiktiraf oleh MBR.
   
"Selain dapat bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (semasa kayuhan) dan diberikan pengiktirafan ini, ia sebenarnya memberikan azam yang cukup kuat untuk saya meneruskan misi yang lain sebelum saya memejamkan mata," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
   
Warga emas itu dalam misinya yang bermula di sini pada 26 Januari lalu telah berkayuh merentasi Kelantan, Terengganu, Johor, Singapura, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan memasuki Selatan Thailand dengan kenderaan sebelum meneruskan kayuhan dari sempadan menyeberangi Sungai Golok ke Rantau Panjang.

Dalam penjelajahannya itu, Wan Hashim selain bertemu Tun Dr Mahathir pada 10 Februari lalu di Putrajaya, turut diraikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Chuping, Perlis pada 26 Februari.
   
Mengulas misinya selepas ini, datuk kepada 18 cucu itu kini dalam perancangan untuk berbasikal mengelilingi England yang dijangka pada Jun atau Julai ini.
   
"Saya sedang membuat persiapan ke arah itu. Saya ada anak yang menetap di sana. Saya kena ambil kira pelbagai perkara seperti cuaca dan soal keselamatan untuk mengelilingi England," katanya.
   
Selain itu Wan Hashim juga akan membukukan pengalamannya berkayuh mengelilingi Semenanjung itu untuk tatapan generasi akan datang.
   
"Dalam umur saya yang sebegini diharapkan dapat memberikan semangat kepada generasi baharu untuk melakukan sesuatu yang dibanggakan untuk diri dan negara," katanya. - Bernama


Sabtu, 15 Mac 2014

Kecoh ulat tiket!

Kuala Terengganu: Dikaitkan dengan insiden ‘Terowong Larkin’, pertembungan Terengganu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini jelas mengghairahkan peminat untuk datang menyaksikannya. 

Jadi, tidak hairan pagi semalam peminat sudah beratur seawal jam 7 pagi di perkarangan stadium untuk mendapatkan tiket sedangkan kaunter hanya dibuka jam 10 pagi. 

Namun, ramai yang pulang hampa kerana 2,000 tiket yang dijual di kaunter habis dijual dalam tempoh 15 minit. 


Tetapi apa yang menghairankan mereka terdapat beberapa individu yang disyaki ulat tiket mengambil kesempatan berkeliaran menjual tiket perlawanan itu dengan harga RM20 berbanding RM10 kepada orang ramai. 

Tetap beli 

Penyokong Terengganu, Shamsol Jusoh, 35, berkata, dia membeli tiket dengan harga RM20 daripada ulat tiket sebaik dimaklumkan tiket sudah habis dijual. 

“Saya mula beratur seawal jam 8.30 pagi sebelum dimaklumkan tiket habis dijual dan ketika itu, ada individu menawarkan tiket perlawanan dengan harga RM20. 
“Walaupun harga itu tinggi tetapi saya tetap membelinya kerana tidak mahu ketinggalan memberi sokongan kepada pasukan Terengganu,” katanya. 

Seorang penyokong, Zulkhairi Ramlee, 22, melahirkan rasa kecewa kerana gagal mendapatkan tiket apabila dimaklumkan tiket sudah habis dijual. 

“Tidak adil jika seseorang dibenarkan membeli tiket dalam kuantiti yang banyak sedangkan ramai lagi yang sedang beratur di belakang. Siapa yang tidak kecewa selepas beratur berjam-jam tetapi dimaklumkan tiket sudah habis. 

“Selain itu, tiada pengawasan di kaunter oleh pihak berkaitan apabila peminat mula menyerbu sebaik kaunter dibuka sehingga menimbulkan kekecohan,” katanya. 

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Arpin Draman, berkata pihaknya menjual sebanyak 2,000 keping tiket semalam, manakala selebihnya akan dijual pagi ini. 

Katanya, pihaknya hanya memperuntukkan 7,000 tiket untuk tempat duduk terbuka dan secara keseluruhan kapasiti stadium itu mampu memuatkan 10,000 penyokong. 

“Bagaimanapun, kami mendapat arahan daripada pihak keselamatan (polis) supaya mengehadkan penjualan tiket atas faktor keselamatan bagi mengelakkan sebarang kekecohan berlaku. 

“Saya sedar peminat tidak berpuas hati apabila tidak dapat memperoleh tiket selain membeli dengan harga yang mahal. Namun, kehadiran ulat tiket ini memang di luar kawalan kami (persatuan),” katanya.


SUMBER

Kafa beri insentif RM44,000

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) memberi insentif RM44,000 kepada skuad Piala Presiden yang muncul juara musim lalu.

Pemangku Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, insentif tersebut bagi menaikkan lagi semangat pemain.

"Kita beri insentif agar pemain mempamerkan aksi yang bertenaga dan teruskan perjuangan untuk menaikkan mutu bola sepak Kelantan.

"Ini merupakan sebahagian dari ganjaran yang akan diterima pemain, selebihnya kita akan beri selepas ini," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian bonus itu di sini hari ini.

Kelantan muncul juara selepas mengalahkan Perak 2-1. - Bernama


Pahang didenda RM30,000


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) terus menjadi penyumbang kantung kewangan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila dikenakan denda keseluruhan RM30,000 selepas didapati bersalah kerana gagal memastikan keselamatan penyokong dalam dua aksi perlawanan di Stadium Darul Makmur sebelum ini.

Dua perlawanan tersebut ialah pada aksi Piala Sumbangsih menentang Lions XII, 17 Januari dan saingan Liga Super menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) 7 Februari lalu.

Hukuman denda itu diumumkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Wisma FAM di sini, semalam.

Ednan berkata, isu keselamatan penyokong dan pemain sememangnya dipandang serius bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.

“Dalam kes yang berlaku ketika aksi Pahang menentang Lions XII, terdapat tiga pertuduhan dibuat ke atas tuan rumah iaitu pembakaran flare, faktor keselamatan dan melepaskan bahan letupan di dalam padang di mana setiap pertuduhan dikenakan RM5,000. Begitu juga dengan perlawanan menentang JDT menjadikan secara keseluruhannya enam pertuduhan.

“Mengambil kira pandangan dan pengakuan bersalah dari Pahang, FAM memutuskan hukuman denda RM30,000 dikenakan kepada mereka termasuk amaran keras kerana gagal mengawal keselamatan yang mendorong kepada kejadian pembakaran flare serta bahan letupan dilepaskan di dalam stadium.

“FAM memandang serius kejadian seumpama ini kerana ia melibatkan faktor keselamatan pemain serta penyokong," katanya.

Selain PBNP, FAM turut mengenakan denda kepada empat lagi persatuan negeri yang lain berhubung kesalahan yang sama iaitu Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Persatuan Bola sepak Negeri Terengganu (PBSNT), dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

Pengerusinya, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, FAS dikenakan denda RM15,000 setelah didapati bersalah dalam tiga pertuduhan iaitu pembakaran flare, tindakan penyokong yang menceroboh masuk padang ketika perlawanan berlangsung dan faktor keselamatan pada saingan Liga Super menentang T-Team dalam saingan Liga Super 18 Januari lepas.

Jelasnya lagi, Pafa pula dikenakan RM20,000 atas empat pertuduhan pada pertemuan menentang Terengganu 25 Januari lepas dan PBSNT dikenakan RM 10,000 atas dua pertuduhan dalam aksi pertemuan T-Team dan JDT pada 25 Februari.

"Rata-rata kesalahan dilakukan penyokong dalam setiap persatuan adalah sama iaitu berhubung faktor keselamatan. Memandangkan ini permulaan musim, kami menggunakan budi bicara dengan hanya mengenakan denda RM5,000 setiap pertuduhan dikeluarkan termasuk memberikan amaran keras agar tidak mengulangi perkara sama," ujarnya.

Bagaimanapun Taufek menjelaskan, keputusan mengenai perlawanan Sarawak menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Liga Super pada 18 Februari lalu terpaksa ditangguhkan setelah persatuan itu tidak mengaku bersalah di atas dua pertuduhan yang dikeluarkan.

"Berdasarkan peruntukan dalam Perkara 36.3 Kod Tatatertib, sekiranya ada persatuan tidak mengaku bersalah maka kami perlu mendapatkan lebih keterangan dari semua pihak.  Jadi kami buat keputusan menangguhkan kes ini ke tarikh yang lain," jelasnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai status insiden di Terowong Larkin, Taufek berkata, pihaknya akan  membincangkan kes tersebut selewat-lewatnya minggu depan.

Taufek memberitahu, kes tersebut masih memerlukan penelitian kerana ia melibatkan jumlah saksi yang begitu ramai.


Rabu, 28 November 2012

QPR kutip mata pertama di bawah Redknapp

LONDON 28 Nov. - Perlawanan pertama Queens Park Rangers (QPR) di bawah pengurus Harry Redknapp menyaksikan kelab terbawah Liga Perdana Inggeris itu mengutip satu mata berharga selepas terikat tanpa jaringan menentang Sunderland, semalam.
Inilah mata pertama QPR sejak terikat 1-1 dengan Reading pada 4 November lalu tetapi keputusan itu bermakna kelab London yang baharu sahaja memecat Mark Hughes sebagai pengurus, kekal di tangga terbawah.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan, Aston Villa keluar daripada kelompok tiga terbawah selepas Christian Benteke menghadiahkan gol tunggal 10 minit sebelum wisel penamat untuk menewaskan sebuah lagi kelab bawah, Reading 1-0.
Kemenangan itu membolehkan Villa berkelebihan dua mata daripada zon penyingkiran. - AFP

Sumber : Utusan Malaysia

Jumaat, 28 September 2012

Steve Kean letak jawatan pengurus Blackburn


BLACKBURN: Steve Kean meletak jawatan sebagai pengurus Blackburn dan menyifatkan dirinya "dipaksa" keluar dan kedudukannya menjadi "tidak dapat dipertahankan". 

Kean berdepan desakan untuk meletak jawatan daripada peminat musim lalu apabila kelabnya tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris tetapi mendapat sokongan daripada pemilik kelab iaitu syarikat ternakan ayam, Venky.

Blackburn kini di tangga ketiga dalam Kejohanan Liga selepas permulaan baik tetapi Kean mengeluarkan kenyataan "dengan rasa kesal, selepas kerja keras dan khidmat kepada kelab bertahun-tahun, saya dipaksa untuk meletak jawatan sebagai pengurus Kelab Bola sepak Blackburn Rovers berkuatkuasa serta merta, berikutan kedudukan saya tidak dapat dipertahan". 

Sumber : AP

Kaka terkejut dipanggil semula untuk skuad Brazil


SAO PAULO: Kaka mengakui dirinya terkejut apabila dipanggil semula untuk menyertai skuad bola sepak Brazil selepas kerap tidak disenarai dalam kesebelasan utama kelab Real Madrid. 

Perancang terkenal itu adalah antara 23 pemain yang disenaraikan oleh jurulatih Mano Menezes bagi beraksi menentang Iraq dan Jepun dalam perlawanan persahabatan pada Oktober ini dan akan kembali ke pangkuan skuad kebangsaan negara itu buat kali pertama sejak Piala Dunia 2010.

"Memang mengejutkan, saya tidak sangka. Orang mula menghantar pesanan kepada saya dan mungkin ada kejutan dalam senarai serta jangkaan semakin bertambah. 

"Saya memang menunggu pengumuman dan apabila ia dibuat dan saya nampak nama saya dalam senarai memang sesuatu yang menggembirakan. Anak, isteri dan semua orang gembira saya dapat kembali," katanya. 

Sumber : AP

Ahad, 12 Ogos 2012

Perisai Komuniti: Manc City juara, atasi Chelsea 3-2


[DIKEMAS KINI] JUARA Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City menjulang Perisai Komuniti dengan menewaskan juara Piala FA musim lalu, Chelsea 3-2, malam ini (waktu Malaysia).
Walaupun Chelsea mendahului Manchester City 1-0 di separuh masa pertama, pesaingnya menjaringkan tiga gol pada separuh masa kedua, sekali gus menundukkan lawannya untuk memulakan musim ini dengan kemenangan bergaya.
Dalam aksi yang berlangsung di Villa Park, gol awal Chelsea dijaringkan oleh Fernando Torres pada minit ke-40.
Manchester City bangkit pada separuh masa kedua menerusi jaringan Yaya Toure, minit ke-52 sebelum menambah gol menerusi Carlos Tevez enam minit kemudian dan Samir Nasri minit ke-64.
Perlawanan merebut Perisai Komuniti menandakan permulaan musim baru EPL 2012/2013.
Chelsea, yang juga juara Kejohanan Eropah merapatkan kedudukan dengan menyumbat gol kedua menerusi Ryan Bertrand pada minit ke-80 tetapi ia tidak cukup untuk mengikat Manchester City.
Dengan kemenangan hari ini, Manchester City telah menjuarai Perisai Komuniti sebanyak empat kali iaitu 1937, 1968 dan 1972.
Tahun lalu, ia tewas kepada Manchester United 2-3.

Sumber : Sinar Harian

PM: Ganjaran Chong Wei RM500,000


PUTRAJAYA - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima ganjaran RM500,000 di atas kejayaannya meraih pingat perak dalam acara perseorangan badminton sukan Olimpik London 2012.
Ganjaran itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam majlis di Seri Perdana di sini yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Ganjaran meliputi RM300,000 sumbangan Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Majlis Sukan Negara dan RM200,000 sumbangan kerajaan Malaysia dalam bentuk Amanah Saham Wawasan.
Selain itu, Chong Wei turut menerima hadiah seutas jam tangan yang disampaikan Rosmah, selaku penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Dalam ucapan ringkasnya, Perdana Menteri mengucapkan tahniah di atas kejayaan jaguh badminton negara itu meraih pingat perak dan yakin ia akan menguatkan lagi azam Chong Wei untuk mencipta kejayaan lebih cemerlang di Olimpik 2016.
"Mungkin kali ini nasib tidak menyebelahi beliau (Chong Wei) untuk meraih emas tetapi beliau sudah berhempas pulas dan berjuang habis-habisan.
"Itu sudah menunjukkan betapa besar jiwanya untuk mencapai kejayaan dan diharapkan tidak putus asa untuk mencipta kejayaan yang lebih membanggakan," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut menyatakan persetujuan mengenai cadangan mewujudkan Akademi Badminton Negara di Pusat Latihan Badminton Stadium Juara Bukit Kiara.
Sementara itu, Chong Wei, 30, berkata beliau akan mempertimbangkan hasrat Perdana Menteri untuk melihat beliau kembali merebut pingat emas pertama pada temasya Olimpik Rio de Janeiro, Brazil 2016.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri dan isteri atas ganjaran hari ini, saya akan simpan duit itu. Walaupun tidak dapat membawa balik pingat emas, kerajaan masih memberi sokongan kepada saya. Bagaimanapun saya telah buat yang terbaik," katanya.
Chong Wei berharap dengan sokongan tersebut, ia akan menyuntik semangat untuk dirinya meneruskan aksi di sukan Olimpik akan datang, sebagaimana yang dihasratkan Perdana Menteri.
"Bagaimanapun saya perlu lihat prestasi saya dua tahun lagi iaitu selepas Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan dan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, kedua-duanya pada 2014. Jika masih 'fit'(cukup cergas) saya akan teruskan pada Olimpik 2016," katanya. - Bernama

AS johan, Selamat Tinggal Olimpik London



LONDON - Sukan Olimpik 2012, temasya kali ke-30, melabuhkan tirai di Stadium Olimpik di sini, dengan Amerika Syarikat (AS) muncul sebagai johan.

Temasya seterusnya akan berlangsung di Brazil pada 2016.

Putera Harry menghadiri majlis penutup bagi mewakili Ratu Elizabeth II. Britain menjadi tuan rumah buat kali ketiga, sekali gus mencatatkan sejarah tersendiri dari segi prestasi atlet dan juga persembahan majlis penutup dan perasmian,

Sebagaimana majlis perasmian yang menyaksikan sajian persembahan hiburan dengan kemunculan pelakon dan selebriti James Bond dan Mr Bean, majlis penutup hampir tiga jam, yang direka oleh Kim Gavin, menyatukan semula kumpulan Spice Girls.

Pada jam 11.27 malam (waktu London), bendera rasmi Sukan Olimpik diturunkan dan diserahkan kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Jacques Rogge oleh Datuk Bandar London, Boris Johnson.

Satu minit kemudian bendera Brazil dan Greek dinaikkan di stadium menandakan dunia akan 'menuju' ke benua Latin Amerika dalam empat tahun lagi.

Pada temasya kali ini, AS memperoleh 46 pingat emas untuk muncul johan. Johan Sukan Olimpik Beijing 2008, China berada di tangga kedua dengan 38 pingat.

Pasukan tuan rumah mengutip 29 pingat emas.

Malaysia yang memperoleh dua pingat masing-masing satu perak dan satu gangsa menduduki tempat ke-63.

Sumber : Sinar Harian

Sabtu, 23 Jun 2012

Pasukan EPL: Sambutan hebat perlawanan Julai

PETALING JAYA – Perlawanan persahabatan membabitkan dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pilihan Malaysia di sini bulan depan, mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminat bola sepak berdasarkan jualan tiket.
Ketua Pegawai Eksekutif Pro Events International Sdn Bhd (ProEvents), Julian Kam berkata, lebih 6,000 tiket untuk perlawanan Arsenal dan Pilihan Malaysia pada 24 Julai dijual sejak ia dilancarkan minggu lepas.
Manakala hampir 5,000 tiket telah dijual membabitkan Manchester City FC dan Pilihan Malaysia pada 30 Julai.
Kedua-dua perlawanan itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Tiket dijual pada harga RM58 hingga RM108 dan RM388 bagi VIP di outlet Nike terpilih,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan ”Be a super Gunner” di pusat beli-belah The Curve di sini hari ini.
"Kami menyasarkan stadium penuh. Kami berharap dapat mencapai sasaran itu, walaupun perlawanan diadakan pada bulan Ramadan. Perlawanan akan diadakan selepas solat Terawih dan saya percaya peminat akan datang,” kata Julian. – BERNAMA

Sumber : Kosmo

Ahad, 17 Jun 2012

Euro 2012: Rep Czech dan Greece terus lakar kejutan

ANALISIS - Siapa sangka Greece yang sebelum ini bagai 'telur di hujung tanduk' dengan prestasi yang kurang menonjol, melakukan satu keajaiban luar biasa dan kejutan apabila melangkah kaki ke suku akhir Euro 2012.

Juara Euro 2004, Greece yang mempamerkan aksi tidak memberangsangkan pada perlawanan pertama  yang hanya mengutip satu mata setelah seri dengan Poland membuktikan mereka mampu bangkit meskipun berdepan dengan situasi 'hidup mati'setelah ketinggalan tiga mata di belakang.

Berlandaskan nasib yang membantu, Greece menewaskan Rusia 1-0 pertemuan terakhir Kumpulan A awal pagi tadi. Ia juga akhirnya berjaya menutup segelintir pengkritik yang selama ini menganggap mereka kurang menyerlah.

Sebaliknya, Rusia yang menguasai babak awal perlawanan dengan peluang terbuka luas untuk menjaringkan gol, gagal dilaksanakan dengan baik.

Ekoran kerapuhan benteng pertahanan Rusia akhirnya membawa padah apabila Greece mengutip tiga mata sekali gus menghantar pasukan itu pulang awal daripada meneruskan saingan Euro 2012.

Sementara itu, Republik Czech menepati ramalan apabila melangkah ke pusingan suku akhir setelah menewaskan pasukan tuan rumah, Poland 1-0 sekali gus meranapkan impian penganjur bersama, untuk mara ke suku akhir.
Petr Jiracek menjadi wira Czech selepas meledak gol untuk menyingkirkan Poland. 

Jurulatihnya, Michal Bilek juga gembira dengan kemenangan itu. Beliau menyifatkan mereka telah belajar dari kesilapan selepas kekalahan memalukan dengan Rusia.

"Ya, saya amat gembira dengan kemenangan ini dan berjaya belajar dari kesilapan ketika tewas tempoh hari.

"Tetapi anak-anak buah saya telah menunjukkan karakter dan saya fikir kami berhak untuk ke pusingan seterusnya," katanya.

Republik Czech yang menerima kejutan selepas dibelasah Rusia 4-1 tidak mematahkan semangat anak-anak buah Michal Bilek untuk bangkit apabila berjaya mencipta kemenangan penting pada pertemuan terakhir.

Bagi jurulatih Greece, Fernando Santos, beliau memuji kesungguhan anak didiknya apabila berjaya melakar kemenangan penting sekali gus memberi kegembiraan kepada negara mereka yang kini berdepan dengan krisis kewangan dan politik.

"Kami memberikan kemenangan ini kepada semua orang Yunani, tanpa mereka kami tidak akan berjaya kerana merekalah inspirasi kami untuk mencipta kemenangan.

"Jadi, kami gembira. Dengan kebangkitan ini, rakyat Greece bangga dengan pencapaian kami, dan kami akan terus berusaha untuk merampas kembali trofi tersebut," kata Santos.

Tambah Santos, kunci kejayaan mereka sehingga mampu mencipta kejutan setelah gagal dalam dua perlawanan sebelum ini adalah fokus dan tidak berputus ada meskipun dikritik hebat.

"Fokus dan melakukan apa yang dirancang terhadap sesuatu perlawanan, adalah kunci kejayaan kami berada di tahap ini.

"Pemain melakukan apa yang disuruh dan kami memperolehi keputusan yang hebat," katanya lagi yang akan memberi tumpuan kepada perlawanan suku akhir agar mereka akan terus kekal dengan rentak kecemerlangan ini.

Sementara itu, jurulatih Rusia, Dick Advocaat yang kecewa setelah anak didiknya gagal manfaatkan peluang yang ada, menyalahkan benteng pertahanan yang rapuh mneyebabkan Greece berjaya menyumbat gol awal.

"Kami terpaksa menelan kepahitan dengan kekalahan ini. Saya akui sangat kecewa apabila benteng pertahanan sangat longgar.

"Pemain tidak mengawal dengan ketat. Kesilapan itu akhirnya membuatkan kami tersingkir awal walaupun selesa di depan sebelum ini.

"Mungkin pemain terlalu yakin dengan kedudukan sebelum ini sehingga melepaskan peluang yang ada, dan kekalahan ini menjadi titik hitam buat kami," kata Advocaat yang akur akan mengucapkan selamat tinggal lebih awal dalam Euro kali ini.

Sementara itu, perjuangan tuan rumah bersama Poland sudah berakhir selepas tewas kepada Czech. 


Mereka tersungkur di bumi sendiri.

Pada perlawanan pertama, mereka mencatat keputusan seri 1-1 menentang Greece dengan kontroversi layangan dua kad merah. Pada perlawanan kedua, mereka mencatatkan keputusan sama menentang Rusia.

Menjelang perlawanan itu, mereka dicemari dengan insiden pergaduhan penyokong kedua-dua pasukan.

Pergaduhan Russia dan Poland dilaporkan tercetus berikutan konflik kedua-dua negara dan penjajahan Soviet ke atas Poland ketika Perang Dunia Kedua yang kebetulan ketika itu hari kebangsaan di Rusia.

Jika mereka menang menentang Czech pagi tadi, mereka sudah boleh melayakkan diri ke suku akhir bersama Greece yang membuat kejutan menewaskan Rusia. Namun, tuah tidak menyebelahi mereka.

Di samping kekecewaan itu, jurulatih Poland, Franciszek Smuda telah mengucapkan 'selamat tinggal' kepada anak-anak buahnya berikutan kontrak beliau yang akan tamat selepas Euro 2012 ini.

"Saya tidak perlu meletakkan jawatan kerana saya mempunyai kontrak sehingga akhir kejohanan ini dan saya tidak nampak sebarang sebab untuk berhenti," jelasnya.

"Kami terpaksa menelan kepahitan ini. Kami terlalu yakin untuk menang dengan Czech. Kami mahu membuat serangan balas, tetapi benteng Czech sangat mantap, mereka bermain dengan baik dan mereka layak," katanya.

Pada saingan suku akhir nanti, Republik Czech akan menentang naib juara Kumpulan B manakala Greece akan berhadapan dengan juara Kumpulan B.

Jumaat, 15 Jun 2012

Welbeck wira England bantu atasi Sweden 3-2

DANNY Welbeck muncul wira England selepas berjaya bangkit untuk menewaskan Sweden 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik di Stadium Olimpik, Kiev awal pagi ini (waktu Malaysia).
 
England yang dikritik hebat berikutan persembahan buruk menentang Perancis di mana mereka seri 1-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan D awal minggu ini telah berjaya membuktikan keupayaan mereka menerusi kemenangan ini.

Babak awal permainan, kedua-dua pasukan dilihat bermain dengan berhati-hati dan melancarkan beberapa serangan, namun berjaya dikekang benteng pasukan masing-masing.

England yang turun dengan berjersi biru membuka tirai jaringan melalui tandukan penyerang sensasi Liverpool, Andy Carroll pada minit ke-23 menewaskan penjaga gol, Andreas Isaksson dan mengembirakan para penyokong ''The Three Lions.''

England mendominasi babak pertama dan keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Sweden memburu gol penyamaan dan hasilnya melalui pertahanan, Olof Melberg berpunca daripada situasi kelam-kabut dalam kotak penalti England selepas sepakan percuma Ibrahimovic pada minit ke-49.

Sekali lagi pertahanan veteran itu menambah sengsara England selepas menjaringkan gol kedua menerusi tandukan menewaskan Joe Hart pada minit ke-59.

Selang tiga minit kemudian, pemain Arsenal yang baru dibawa masuk, Theo Walcott melepaskan rembatan kencang di luar kotak penalti Sweden sekali gus mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-63 sambil Isaksson hanya sekadar memerhatikan bola menerjah gawang. Beliau masuk menggantikan James Milner.

Dalam perlawanan yang mendebarkan ini, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mencari gol ketiga.
 
England berjaya menghukum Sweden menerusi Welbeck selepas menerima hantaran dari Walcott pada minit ke-78.

Bagi penyerang berbisa, Wayne Rooney tentunya tidak sabar untuk beraksi buat kali pertama menentang Ukraine minggu depan selepas digantung dua perlawanan sebelum ini.

Ketika ini, kedudukan Kumpulan C masih terbuka dan sengit di mana England dan Perancis mengumpul empat mata, Ukraine dengan tiga mata dan Sweden ditangga tercorot, masih belum mengumpul mata bagi merebut slot ke suku akhir.

Kali terakhir The Three Lions menang dengan Sweden ialah pada perlawanan persahabatan November lalu. Ia adalah kemenangan pertama mereka dalam tempoh 43 tahun. England menang 1-0 menerusi jaringan Gareth Barry di Wembley.


Sekilas fakta perlawanan:

Keputusan semasa: Sweden (2) England (3)

Penguasaan bola: (48%) Sweden  England (52%)

Kad kuning: James Milner (England); Olof Melberg, Jonas Olsson, Anders Svensson (Sweden)

Selasa, 12 Jun 2012

Selesai masalah keluarga secepat mungkin, MSN nasihat Chong Wei

KUANTAN – Jaguh badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dinasihat menyelesaikan masalah yang melibatkan keluarganya secepat mungkin bagi membolehkan beliau memberi perhatian kepada usaha pemulihan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata, tindakan segera itu perlu bagi memastikan Chong Wei menjalani pemulihan dan latihan dengan tenang.

“Saya ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada beliau (Chong Wei) semalam (kelmarin) memintanya untuk menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

“Antara SMS yang saya hantar berbunyi, ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’,” katanya.

Katanya, susulan SMS berkenaan, Chong Wei segera membalas dan berjanji akan menyelesaikan masalah keluarganya dengan baik.

“Beliau juga memberitahu kepada saya supaya jangan terlalu bimbang kerana semuanya akan berakhir dengan baik.

“Saya percaya Chong Wei dapat selesaikan masalah ini dan orang luar tidak perlu campur tangan. Ini masalah keluarga beliau,” katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau ada menawarkan bantuan kepada Chong Wei sekiranya jaguh negara itu memerlukan pertolongannya.

“Kami mempunyai hubungan baik, sebelum ini pun jika ada masalah, beliau akan memaklumkan kepada saya,” katanya.

Dalam laporan Sinar Harian semalam, bapa Chong Wei, Lee Ah Chai menafikan laporan media yang mengaitkannya dengan cubaan membunuh diri di atas Jambatan Pulau Pinang, baru-baru ini.

Euro 2012: Saingan Kumpulan A terbuka

Saingan Kumpulan A ketika ini semakin sengit dan terbuka kerana tiga pasukan iaitu Rusia, Republik Czech dan Poland berpeluang ke pusingan suku akhir Kejohanan Eropah edisi kali ini.

Setiap tiga pasukan itu wajib menang perlawanan seterusnya pada 17 Jun ini.

Pasukan Greece terpaksa menelan duka apabila mendapat laluan yang sukar untuk mara apabila tewas 2-1 ditangan Republik Czech awal pagi tadi.

Ini kerana mereka mampu mengumpul satu mata daripada dua perlawanan dan mereka seri 1-1 dengan Poland pada perlawanan pembukaan Jumaat lalu. Peluang mereka mungkin sudah berakhir setakat ini.

Mereka mungkin mengharapkan keajaiban dan perlu melayan kunjungan Rusia yang pastinya ingin mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.

Bagi pasukan Republik Czech, mereka lega dengan kemenangan buat pertama kali ini hasil jaringan Viclaf Pilar dan Petr Jirasek dengan membawa pulang tiga mata yang berharga.

Ia sekali gus mengelakkan mereka tersingkir awal dalam Kumpulan itu dan wajib menang dalam perlawanan menentang Poland nanti.

Pada keputusan sebentar tadi, tuan rumah bersama, Poland menampilkan permainan cemerlang apabila mengikat pasukan Rusia 1-1 di Warsaw. Mereka ketinggalan menerusi jaringan Alan Dzagoev dan kembali bangkit pada minit ke-57 menerusi Jakub Blaszczykowsl.

Mereka kini mengumpul dua mata dan dijangka akan bermain bermati-matian menentang Republik Czech selepas ini untuk tidak menghampakan penyokong-penyokong di bumi sendiri.

Rusia yang kini menghuni tangga teratas kumpulan mengumpul empat mata mensia-siakan peluang untuk layak ke suku akhir dengan lebih awal. Mereka perlu melakukan sesuatu untuk mengelakkan keputusan di luar jangkaan berlaku nanti.

MSN kesan atlet kejar elaun tinggi

KUANTAN - Sikap segelintir atlet yang mengejar bayaran elaun tinggi dikesan menjadi punca pertindihan penyertaan mereka dalam penganjuran Sukan Malaysia 2012 (Sukma XV) yang akan diadakan di Pahang Julai ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia, Datuk Zolkples Embong berkata, pertindihan itu dilihat berlaku pada setiap kali kejohanan Sukma berlangsung apabila seorang atlet mewakili lebih daripada satu kontinjen.

"Kita harap atlet tak ambil kesempatan daripada kedudukan dan kecemerlangan mereka, mungkin dia tahu kedudukan dia calon pilihan untuk memenangi pingat emas.

"Mereka akan tengok negeri mana yang menawarkan elaun tinggi dan kemudahan yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengundian Acara Berpasukan Sukma Pahang 2012 di Dewan Wisma Belia, hari ini.
Namun katanya situasi tersebut hampir selesai secara kompromi untuk melepaskan atlet yang bertindih kepada negeri lain dan hanya satu kes yang belum selesai.
"Manakala 10 atlet yang terlibat dengan permasalahan itu berjaya diselesaikan," tambahnya sambil berkata, ada atlet yang perlu membayar balik elaun yang diterima akibat pertindihan tersebut.
Secara peraturan katanya seorang atlet yang ingin mewakili sebuah kontinjen mereka perlu bermastautin di negeri yang ingin diwakilinya dalam tempoh tertentu sekurang-kurangnya dua tahun dari tarikh Sukma yang lepas.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma Pahang Ahmad Hairi Hussain turut memberikan jaminan penyediaan semua insfrakstruktur kejohanan akan disiapkan  mengikut jadual yang ditetapkan.
Katanya, berdasarkan perbincangan dengan pihak kontraktor, mereka telah memberikan jaminan akan menyiapkan kemudahan sebelum 16 Jun ini manakala kolam renang dijangka siap pada 20 Jun. - Bernama

Ahad, 10 Jun 2012

Ronaldo nafi Portugal bergolak


LVIV, Ukraine - Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo mengakui tidak berputus asa meskipun gagal menyinar semasa pasukannya tewas 0-1 kepada Jerman dalam aksi Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 di Arena Lviv awal pagi semalam.
Sebaik wisel penamat ditiupkan pengadil, peledak Real Madrid itu dilihat tergesa-gesa meninggalkan padang menerusi terowong stadium berbanding rakan-rakan sepasukannya yang lain.
Malah, Ronaldo, 27, juga dilihat tidak berpuas hati apabila tergesa-gesa menanggalkan lilitan kapten sebaik perlawanan tamat selain turut dilaporkan berang apabila permintaannya yang mahu diberikan botol minuman pada penghujung perlawanan dilihat tidak diendahkan pegawai Portugal.
Prestasi hambar Ronaldo bersama Portugal setakat ini juga mengundang kecaman peminat yang lantang mengkritik pemain itu dilihat cukup cemerlang bersama Real dan Manchester United.
"Tidak ada perlawanan yang sempurna. Saya tidak akan berputus-asa semata-mata kerana gagal beraksi dengan baik dalam satu-satu perlawanan.
"Selepas ini saya akan berusaha gigih bagi menghidupkan semula peluang Portugal mara lebih jauh dalam kempen kali ini," kata Ronaldo.
Tengah malam Rabu ini, Portugal bakal berdepan Denmark di Arena Lviv, Ukraine bagi menghidupkan semula peluang menyambar slot ke suku akhir.
Ia begitupun satu tugas yang cukup berat buat skuad kendalian Paulo Bento memandangkan Denmark masih segar dengan kejayaan mengejutkan pasukan pilihan, Belanda dengan keputusan 1-0 dalam satu lagi aksi kumpulan, kelmarin.
Dalam pada itu, pemain pertahanan Jerman, Jerome Boateng mengakui gembira dapat mengekang Ronaldo.
"Semua orang tahu Ronaldo sememangnya pemain berkelas dunia.
"Kami memerlukan kerjasama sepasukan untuk merantai Ronaldo dan itu yang berjaya kami lakukan," katanya. - Agensi

Widget Busuk