Ads 468x60px

Selasa, 12 Jun 2012

KDEB pernah dapat hak urus air

SHAH ALAM – Anak syarikat Kerajaan Negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dikatakan pernah mendapat kebenaran mengambil alih semua operasi air di Selangor, pada Januari 2008, sebelum Pakatan Rakyat (PR) memerintah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kelulusan itu diberikan berasaskan kepada Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) selepas perjanjian pengurusan air lebih memihak kepada syarikat konsesi.

“Sebab itulah satu undang-undang (WSIA) diluluskan Parlimen untuk membolehkan penyusunan semula industri air di semua negeri termasuk Selangor dilaksanakan.

“Berdasarkan kepada keputusan Kabinet itu, KDEB sepatutnya menjadi sebahagian syarikat yang terlibat dalam operasi projek penyaluran air mentah Pahang ke Selangor,” katanya ketika berucap pada perasmian Forum Air Selangor, semalam.

Abdul Khalid berkata, penstrukturan itu bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan apabila tampuk pemerintahan negeri bertukar daripada Barisan Nasional (BN) kepada PR, pada Mac 2008, kerana Kerajaan Persekutuan enggan melaksanakannya. Atas alasan itu, Kerajaan Negeri akan memenuhi ‘hak’ Selangor melaksanakan penstrukturan semula air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk