Ads 468x60px

Sabtu, 23 Jun 2012

Kembali ke pangkuan keluarga

SEPANG – Penantian anggota keluarga Zarina Othman, 47, rakyat Malaysia yang terlantar di Rumah Sakit Jiwa di Banda Aceh, Indonesia berakhir apabila wanita itu dibawa pulang semalam.
Kakak kepada Zarina, Zaitun Othman, 50, berkata, adiknya itu telah hilang tanpa jejak sejak dua tahun lalu sehinggalah media tempatan melaporkan berita mengenai seorang rakyat Malaysia ditemui di Banda Aceh pada awal bulan ini.
Menurutnya, keluarganya yang tinggal di Lanchang, Pahang seolah-olah tidak percaya apabila dilaporkan Zarina berada di Indonesia memandangkan adiknya itu tidak pernah ke negara jiran itu sebelum ini.
“Kami sekeluarga bimbang sejak kehilangan Zarina pada tahun 2010 kerana dia mempunyai masalah tekanan perasaan,” katanya.

Sumber : Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk