Ads 468x60px

Sabtu, 23 Jun 2012

Lelaki Myanmar mati ditikam, rakan ditahan

KLANG – Seorang lelaki warganegara Myanmar mati ditikam di perut, dipercayai selepas bergaduh dengan rakan serumahnya di Lorong Sungai Keramat, Taman Klang Utama di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohd Shukor Sulong berkata, mangsa, yang berusia lingkungan 20-an, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Beliau berkata, mangsa dikatakan bertengkar sebelum bergelut dengan suspek di rumah itu, yang turut dihuni beberapa rakan sekerja lain, dalam kejadian kira-kira 12.30 pagi.
"Kita percaya kejadian berlaku semasa mangsa dan rakan-rakannya berada di bawah pengaruh alkohol. Polis turut menahan seorang rakan mangsa berumur 23 tahun yang bersembunyi di sebuah tokong berhampiran setelah dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu,” katanya.
Mohd Shukor berkata, lelaki itu dipercayai terbabit dalam pergaduhan dengan mangsa berdasarkan kesan kecederaan di betis kirinya.
"Identiti mangsa dan rakannya yang ditahan masih dalam siasatan kerana polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya. – BERNAMA

Sumber : Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk