KUALA LUMPUR - Agensi Angkasa Negara menafikan telah menangguhkan Program Angkasawan Negara Kedua seperti yang didakwa Mejar Dr. Faiz Khaleed baru-baru ini.
Menurut kenyataan agensi itu semalam, program tersebut tidak ditangguhkan sebaliknya masih dalam proses rundingan dengan rakan strategik iaitu agensi angkasa dari Rusia dan Amerika Syarikat.
Katanya, rundingan dibuat bagi mengenal pasti tarikh pelaksanaan misi tersebut.
"Agensi Angkasa Negara masih lagi meneruskan persediaan bagi kajian- kajian saintifik mikro-graviti yang berpotensi untuk dilaksanakan pada misi tersebut, manakala latihan juga masih dalam perbincangan," katanya.
Agensi itu berkata, Faiz masih lagi terlibat dengan program-program pendidikan kesedaran awam di bawah kelolaan Yayasan Angkasawan Malaysia.
Sumber : Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan