Ads 468x60px

Khamis, 4 Oktober 2012

Kanak-kanak maut, bapa parah selepas kenderaan terbabas


KUANTAN - Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun maut manakala bapanya cedera parah apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas sebelum terhumban ke dalam kawasan bercuram di Km 48.4 Jalan Ibam - Rompin dekat Rompin semalam.
Tan Beng Wen, 10, dari Perkampungan Orang Asli Kerpal, Rompin mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala bapanya, Tan Beng Hai, 32, cedera parah di muka dan badan.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian pada pukul 6.10 petang itu, kedua beranak berkenaan dari arah Ibam menuju ke bandar Rompin.
"Jip yang dipandu Beng Hai hilang kawalan lalu terbabas melanggar besi penghadang jalan sebelum terhumban ke kawasan bercuram di kiri jalan," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata bapa kanak-kanak itu dirawat di Hospital Muadzam Shah.
Mohamed Fauzi berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berpunca daripada pemandu yang memandu laju.

Sumber : Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk