Ads 468x60px

Khamis, 4 Oktober 2012

RM72 juta jana pendapatan pekebun getah

Seremban: RISDA memperuntukkan RM72 juta untuk program pengembangan bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah, tahun depan. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad, berkata program itu termasuk pemberian insentif RM300 kepada mereka yang berjaya meningkatkan hasil getah hingga 1,600 kilogram (kg) sebulan, berbanding 1,520kg sehektar sekarang. 

Peruntukan itu juga untuk program amalan pertanian

baik (GAP), memperhebatkan kempen gerakan membaja, rancangan tanam semula getah serta bimbingan dan khidmat nasihat kepada pekebun kecil. 



Sasaran RISDA 
“RISDA menetapkan sasaran meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah kepada RM2,500 sebulan menjelang 2015, berbanding kira-kira RM2,000 sebulan ketika ini. 

“Oleh itu, usaha dipertingkatkan dengan menggalakkan pekebun kecil menggunakan sistem pengurusan ladang yang lebih baik,” katanya selepas merasmikan Hari Inovasi, Anugerah Kualiti dan Perkhidmatan Cemerlang RISDA Negeri Sembilan di sini, semalam. 

Wan Mohamad Zuki berkata, RISDA juga mahu kakitangannya memberikan komitmen tinggi membantu pekebun kecil getah mempraktikkan GAP dengan memberi penekanan terhadap penanaman dan penyelenggaraan, pembajaan, rangsangan, penorehan dan penuaian.


Sumber : Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk