KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan didesak memberi kuasa kepada Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk menyemak dokumen kontrak syarikat yang menjadi rujukan harga purata getah.
Hal ini kerana menurut Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat, penurunan harga komoditi itu sejak beberapa tahun lalu didakwa ditentukan oleh 11 syarikat yang menawarkan harga belian lebih rendah berbanding harga purata dalam pasaran tempatan.
"LGM hanya menentukan purata harga tawaran belian getah daripada 11 syarikat tersebut yang kemudian menjadi harga getah harian Standard Malaysian Rubber 20 (SMR20).
"Pihak LGM mewakili kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengesahkan sama ada harga tawaran yang diberikan oleh 11 syarikat itu mengikut harga pasaran sebenar atau tidak," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut isu kejatuhan harga komoditi getah sehingga RM2.33 sekilogram yang didakwa akibat manipulasi pihak ketiga dalam menentukan harga pasaran tempatan.
Tambah Suhaizan, semakan harga yang dilakukan baru-baru ini mendapati terdapat hanya tiga syarikat yang menawarkan harga di atas purata berbanding lapan syarikat lain pada harga di bawah purata.
"Semakin rendah tawaran dan semakin banyak syarikat menawarkan harga rendah, maka semakin rendahlah purata harga SMR20.
"Apabila harga SMR20 rendah, maka pekebun-pekebun kecil akan menerima harga yang rendah (RM2.33 sekilogram)," dakwanya.
Dalam pada itu, dakwanya kos penyelidikan, kos tanaman semula dan kos kilang yang tinggi sehingga RM4.66 sekilogram menyebabkan pekebun kecil hanya memperoleh bayaran yang rendah bagi setiap kilogram getah bersih.
Selain itu, kegagalan kerajaan meletakkan harga lantai yang munasabah bagi pekebun kecil turut menyebabkan pemain industri getah sewenang-wenangnya menawarkan harga yang sangat rendah.
"Perbezaan antara tawaran harga dari syarikat yang paling tinggi dengan yang paling rendah juga ketara iaitu pada Januari sebanyak 64 sen, Februari-51 sen dan Mac-44 sen bagi setiap kilogram SMR40.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan