PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meraikan Perdana Menteri Timor-Leste Xanana Gusmao dalam satu majlis makan tengah hari di Seri Perdana di sini.
Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan beberapa menteri yang lain.
Gusmao tiba di sini semalam dalam lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.
Dalam ucapannya sebelum majlis itu, Najib berkata: "Malaysia tidak sabar-sabar melihat kemajuan dan pembangunan Timor-Leste dan kami juga menyentuh pelbagai bidang semasa perbincangan kami hari ini.
Dalam ucapannya sebelum majlis itu, Najib berkata: "Malaysia tidak sabar-sabar melihat kemajuan dan pembangunan Timor-Leste dan kami juga menyentuh pelbagai bidang semasa perbincangan kami hari ini.
"Kami percaya kami boleh mendapatkan penyertaan sektor swasta supaya melihat bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, tenaga, infrastruktur, pelancongan, komunikasi dan perumahan awam, dengan serius.
"Saya yakin pada forum perniagaan yang akan berlangsung esok, kami dapat menonjolkan peluang-peluang yang ada di negara anda," katanya.
Najib juga mengulangi komitmen Malaysia untuk membantu dalam sektor pendidikan dan pembinaan keupayaan negara itu.
"Usaha di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia dan Program Kerjasama Pertahanan Malaysia akan terus membantu anda untuk membangunkan institusi-institusi," kata Najib.
Malaysia telah membantu Timor-Leste bagi menubuhkan Institut bagi Pengajian Diplomasi dan akan membantu penubuhan Sekretariat Pengukuhan Institusi Timor-Leste.
Dalam ucapannya Gusmao berkata Timor-Leste benar-benar menghargai sokongan Malaysia supaya negara itu menjadi anggota Asean.
Dalam ucapannya Gusmao berkata Timor-Leste benar-benar menghargai sokongan Malaysia supaya negara itu menjadi anggota Asean.
"Terima kasih atas sokongan anda dalam permohonan kami untuk menjadi anggota Asean..kami akan terus mempersiapkan diri untuk menjadi anggota penuh Asean," katanya.
Sambil menyifatkan kerjasama dengan Malaysia sebagai satu 'peluang besar' untuk negara baharu seperti Timor-Leste, beliau mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha Malaysia membantu negara itu membina institusi di negara itu. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan