Ads 468x60px

Memaparkan catatan dengan label KUALA LUMPUR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUALA LUMPUR. Papar semua catatan

Ahad, 17 Jun 2012

Gangguan bekalan air akibat cuaca panas

KUALA LUMPUR — Kawasan sekitar Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Sepang mengalami kekurangan bekalan air berikutan penurunan paras kolam imbangan Semenyih dan Langat sejak dua hari lepas.
Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) hari ini kejadian itu berpunca daripada permintaan bekalan air yang meningkat ekoran cuaca panas menyebabkan paras kedua-dua kolam itu mengalami penyusutan agak ketara.
Syabas dimaklumkan bahawa tahap pengeluaran air terawat di kesemua 33 loji rawatan air di Selangor semalam berada pada tahap tertinggi iaitu 4,405 juta liter sehari berbanding tahap pengeluaran reka bentuk loji berjumlah 4,371 juta liter sehari.
Bagi Kuala Lumpur, kawasan yang mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah ialah Taman Maluri, Angsana Hilir, Kampung Pandan, Taman Segar dan Taman Taynton View.
Di Hulu Langat pula, kawasan yang terjejas ialah Sungai Besi Indah, Bukit Belimbing, Juara Jaya, Saujana Impian, Beranang, Bukit Semenyih, Sungai Tekali, Selesa Jaya, Taman Utama, Alamsari, Balakong, PKNS Beranang dan Kampung Baru Semenyih.
Jalan Klang Lama, Sri Petaling, Desa Petaling dan sebahagian Seksyen 52, Petaling Jaya merupakan kawasan terjejas di Petaling dan IOI Serdang di Sepang.
Syabas turut menyediakan 42 lori tangki dalam keadaan tunggu sedia untuk membantu membekal air ke kawasan yang terlibat sekiranya diperlukan.
Bagaimanapun, pemantauan secara berterusan berhubung gangguan bekalan air ini akan terus dilakukan dan Syabas akan memaklumkan status terkini kepada pengguna sekiranya perlu.
Syabas turut menasihati pengguna supaya berhemah menggunakan air bagi mengelak pembaziran ketika menghadapi cuaca panas dan kering yang dijangka berpanjangan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL jarak aduan/pertanyaan dan hantar ke 39222 ataupun membuat aduan di laman Facebook atau Twitter Syabas dengan menaip ”puspel” atau ”puspel syabas”.— BERNAMA
Sumber : Kosmo

366 saman dikeluarkan, 12 kenderaan disita

KUALA LUMPUR — Sebanyak 366 saman dikeluarkan terhadap 250 motosikal yang diperiksa dalam satu operasi di Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman di sini malam tadi.
Ketua Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur, ASP Azmi Wahid berkata, semua motosikal disaman atas pelbagai kesalahan termasuk cukai jalan tamat tempoh, tidak memiliki lesen memandu dan pengubahsuaian kenderaan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Beliau berkata, 12 motosikal disita kerana tidak mempunyai cukai jalan serta cukai jalan tamat tempoh dalam operasi melibatkan tiga pegawai dan 31 anggota yang bermula 7 petang hingga 9 malam.
Katanya, ketika operasi, satu pasangan berusia 20 dan 17 tahun ditahan kerana memiliki motosikal curi berdasarkan laporan polis di Wangsa Maju.
Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Bandar Tun H.S Lee dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.— BERNAMA

Sumber : Kosmo

Widget Busuk