PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini masih menganggap kelabnya bukan pilihan untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini walaupun berjaya memintas Manchester United dalam pertemuan sengit awal pagi tadi (waktu Malaysia).
City menewaskan MU 1-0 menerusi jaringan Vincent Kompany sekali gus kembali menguasai kedudukan teratas Liga.
Pertemuan kedua-dua kelab itu dianggap sebagai perlawanan menarik dalam tempoh dua dekad lalu.
Dalam satu kenyataan kepada BBC, Mancini berkata: “Saya gembira dengan kemenangan ke atas MU, tapi dengan baki dua perlawanan lagi, peluang untuk City menang adalah sukar lebih-lebih lagi bakal bertemu dengan dua pasukan yang hebat, Newcastle dan Queens Park Ranger (QPR).
“Namun, kemenangan ke atas MU sesuatu yang tidak disangkakan, kerana kelab itu sebuah pasukan yang hebat.
"Tapi, ini adalah keputusan yang patut diterima oleh kami kerana semua pemain beraksi dengan cemerlang dan berusaha untuk menjaringkan gol," kata Mancini.
Kedua-dua pasukan itu kini telah mengumpulkan 83 mata dengan melengkapkan 36 perlawanan setakat ini, tetapi City berada di depan dengan perbezaan gol.

SUMBER : SINAR HARIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan