JOHOR BAHRU - Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru bersama 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar Johor Bahru membuat laporan polis berhubung insiden keganasan Perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru, Khaled Mohamad berkata, pihaknya mahu kerajaan mengharamkan Perhimpunan Bersih kerana ia tidak bersesuaian dan lari dari matlamat asal.
Menurutnya, pihaknya juga mahukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tegas dan bertindak lebih keras supaya Perhimpunan Bersih diharamkan di negara ini.
“Kita tidak mahu lagi dengar ada Perhimpunan Bersih 4.0 dan seterusnya selepas ini kerana ia hanya menimbulkan
kacau-bilau yang berunsurkan keganasan kepada negara,” katanya, semalam.
SUMBER : SINAR HARIAN
kacau-bilau yang berunsurkan keganasan kepada negara,” katanya, semalam.
SUMBER : SINAR HARIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan