KUALA LUMPUR - Seramai 20 anggota Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) hari ini membuat laporan polis membantah cadangan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) hendak mengadakan demonstrasi mengenai isu tuntutan imbuhan dan ganjaran kepada bekas tentera yang tidak berpencen.
Jurucakap kumpulan PBTM itu, Ramli Shuhaimi berkata tindakan PVTM seperti dinyatakan presidennya, Mohd Ali Baharom untuk berdemonstrasi pada 29 Jun ini di perkarangan Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak di sini, adalah sesuatu yang memalukan.
"Mereka sepatutnya bertindak profesional menyelesaikan isu berkenaan. Jangan akukan demonstrasi untuk kepentingan peribadi kerana pihak kementerian sendiri memerlukan masa untuk meluluskan tuntutan tersebut," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.
Menurut laporan terdahulu dari ini, seramai 220,685 bekas warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) didapati tidak layak mendapat pencen kerana berkhidmat kurang daripada 21 tahun, berbanding 100,333 veteran yang berpencen.
Ramli berkata keputusan menamatkan perkhidmatan lebih awal dibuat atas kerelaan anggota tentera itu sendiri dan sebelum berhenti, mereka ditemubual mengenai persediaan bersara awal tanpa diberi wang pencen.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan dilaporkan berkata sebelum ini bahawa kerajaan masih lagi mempertimbangkan permintaan pemberian imbuhan khas kepada bekas warga ATM yang tidak layak mendapat pencen kerana berkhidmat kurang 21 tahun. -- Bernama
Ahad, 17 Jun 2012
Anggota PBTM bantah cadangan veteran tentera hendak adakan demonstrasi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan