Ads 468x60px

Ahad, 17 Jun 2012

Anzalna sahut cabaran Neelofa

Atmosfera industri hiburan minggu ini diasak dengan berita-berita peperangan antara dua dewi - Neelofa dan Anzalna yang lahir menerusi program Dewi Remaja 2010/2011.

Perbalahan itu dikatakan berpunca dari kenyataan Anzalna menerusi artikel bertajuk 'Anzalna bidas Neelofa' - mendakwa Neelofa sememangnya seorang yang busuk hati, selepas juara Dewi Remaja itu dikatakan mempertikai kemenangan Tasha Shila sebagai Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular baru-baru ini.

Ekoran daripada kenyataan Anzalna yang disiarkan menerusi sebuah akhbar tabloid Ahad lalu, Neelofa telah mengadakan satu sidang media tiga hari kemudian, menuntut Anzalna mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap kenyataannya yang berbaur fitnah.

Tidak berdiam diri, Anzalna juga telah melantik peguam, Fakhrul Azman untuk mengendalikan kes ini.

"Saya serahkan segalanya kepada peguam saya untuk uruskan perkara ini dan saya akan buktikan, saya bukan pemfitnah," katanya kepada Zass.

Anzalna berkata, dia tidak berdendam dengan teraju utama Azura itu dan bersedia untuk bersemuka dan berbincang mengenai perkara ini.

Malah, andai ditakdirkan mereka digandingkan untuk mana-mana filem, drama atau sesi fotografi selepas ini, Anzalna berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama.

"Dunia hiburan ini tidaklah sebesar mana dan saya tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan dia. Malah, sebelum ini pun, kami pernah bersua dalam majlis yang sama.

"Apa pun saya juga berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin," tuturnya.


Cari publisiti muraha n?

BAGAIMANAPUN, Anzalna enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan yang baru dikeluarkan wartawan hiburan yang menulis artikel terbabit, bahawa artikel itu diterbitkan dengan persetujuan bersama dan bukan secara paksaan.

Anzalna berkata, apa yang menjadi fokusnya sekarang ini adalah untuk menyelesaikan masalah di antara dia dan Neelofa.

Di tebak mengenai kredibilitinya yang mungkin terjejas selepas kontroversi ini, Anzalna berkata, dia sudah mempunyai beberapa produk (drama) sebelum ini dan tidak timbul isu mencari publisiti murahan kerana perkara itu.

"Kalau saya tidak ada produk langsung, mungkinlah mereka (pengkritik) boleh berkata sebegitu. Saya tidak rasa kredibiliti saya terjejas kerana saya masih menerima tawaran berlakon.

"Malah, saya cukup bertuah kerana mendapat sokongan padu dari keluarga, teman, kekasih dan peminat," katanya.

Neelofa dalam satu sidang media pada Rabu telah memberikan tempoh seminggu kepada Anzalna untuk memberikan penjelasan dan segala bukti berhubung kenyataan yang didakwa sebagai fi tnah yang dilemparkan terhadapnya menerusi laporan sebuah akhbar pada Ahad lalu.

Teraju utama Azura itu juga telah melantik dua orang peguam untuk mengendalikan kes tersebut.

Difahamkan, Neelofa dan Anzalna sememangnya mempunyai 'sejarah' semenjak program pencarian Dewi Remaja diadakan pada 2010. Mereka dikatakan tidak 'sebulu' dan pernah bertegang urat ketika program itu dijalankan.

Namun, kisah mereka senyap begitu sahaja apabila Neelofa memenangi pertandingan dan membawa haluan masing-masing dalam industri seni.


Pesan Izara, Ramona

SEMENTARA itu, dua lagi bekas Dewi Remaja musim sama, Izara Aishah dan Ramona Zamzam sependapat meminta Neelofa dan Anzalna menghentikan pertelingkahan dan melupakan persengketaan yang pernah berlaku.

Menurut Izara, mereka sepatutnya lebih berfikiran matang dan berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Saya tidak berniat mencampuri urusan mereka berdua, tetapi saya tidak tahu apa punca sebenar mereka bergaduh.

Namun, apa yang saya tahu hubungan mereka memang tidak baik semenjak di dalam pertandingan lagi. Tapi sebagai kawan, saya berharap mereka berfikir panjang sebelum berkata sesuatu dan fikir tentang masa depan," ujarnya ketika ditemui selepas pelancaran drama Naziha dan Bukan Bidadari, Selasa lalu.

Izara berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan kedua-dua sahabatnya itu dan masih berhubung sehingga kini.

"Hubungan kami masih baik semenjak dalam pertandingan lagi. Cuma kami masing-masing agak sibuk dan tiada masa untuk berjumpa dan lepak bersama," katanya.

Dalam pada itu, Ramona berkata, sebagai rakan yang mengenali mereka berdua semenjak di dalam pertandingan lagi, dia berasa sedih kerana pertelingkahan di dalam program itu masih berlarutan sehingga kini.

"Anzalna kawan saya, Neelofa pun kawan saya. Bila jadi macam ini, siapa yang tak sedih. Masing-masing dah ada nama dan sedang meningkat naik. Jadi, tak perlulah bergaduh lagi, saya sayang
mereka dua, saya tidak mahu nama mereka busuk," katanya yang juga masih berhubung baik dengan keduanya sehingga kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk