Sebelum itu, jenazah Hasiah, 71, disembahyangkan di Masjid Saidina Hamzah pada jam 1.30 tengah hari yang turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Allahyarham Hasiah, yang meninggal dunia akibat sakit tua pagi semalam meninggalkan suami Baharom Ramli, 76, tiga anak dan 15 cucu. Jamil Khir adalah anak sulung pasangan itu.
Hasiah, dari Yan, Kedah, koma akibat angin ahmar selama 11 bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya di kediaman Jamil Khir, di Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh.
Jamil Khir ketika ditemui selepas majlis pengebumian, reda dengan pemergian ibunya dan mengucapkan terima kasih kepada Najib, menteri Kabinet serta saudara- mara dan sahabat handai yang menziarahi jenazah ibunya. – BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan