Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman terhadap Nor Fyadzillah Mohd Taha, 30, berkuat kuasa, semalam dan memerintahkannya menjalani tambahan hukuman penjara selama setahun sekiranya gagal membayar denda itu.
Dia yang kini berstatus pelajar dan menamatkan perkhidmatan dalam TLDM tahun lalu, membayar denda itu menerusi suaminya.
Nor Fyadzillah didakwa sebagai Pegawai Staff II Latih B di Cawangan Pembangunan Manusia secara rasuah menerima RM9,000 daripada Mustafa Shah Abdul Hamid sebagai dorongan supaya memilih syarikat milik Mustafa bagi menjalankan kursus dianjurkan TLDM.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Sekinchan Ikan Bakar, Centrum Setiawangsa, Jalan Setiawangsa 8, Taman Setiawangsa di sini pada jam 1.20 pagi, 22 Julai 2011.
Dia yang diwakili peguam Dir Kheizwan Kamaruddin didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Rozilah sebelum menjatuhkan hukuman menasihatkan tertuduh supaya menginsafi perbuatan dilakukan selain pengakuan salahnya boleh menjimatkan masa mahkamah.
"Yang penting akhir hayat kita ini macam mana... atas apa perbuatan yang kita lakukan," katanya menyebabkan tertuduh menangis.
Sumber : Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan