Ads 468x60px

Khamis, 4 Oktober 2012

Iran, al-Qaeda kena bayar mangsa 9/11

Mahkamah AS tetapkan pampasan RM18.33 bilion 

New York: Seorang hakim di Amerika semalam mengarahkan Iran, al-Qaeda dan beberapa defendan lain, membayar lebih AS$6 bilion (RM18.33 bilion) sebagai pampasan kepada mangsa serangan Pusat Perdagangan Dunia (WTO) di New York pada 11 September 2001. 


Walaupun Iran menafikan sebarang kaitan dengan serangan itu, nama negara itu disenaraikan sebagai dalang serangan oleh Mahkamah Daerah Amerika di New York, bersama kumpulan pejuang Hizbullah, pejuang Taliban dan al-Qaeda yang dipersalahkan berikutan serangan itu. 



Nama pemimpin agung Iran Ayatollah Ali Khamenei juga disenaraikan. 

Bagaimanapun, di dalam arahan yang hanya bersifat simbolik, jumlah pampasan yang dituntut berjumlah AS$6,048,513,805 tidak mungkin diperoleh. 

Senjata nuklear 

Iran bertelagah dengan Amerika membabitkan pelbagai isu termasuk industri nuklear dan dakwaan bahawa Tehran merancang menghasilkan senjata nuklear. 
Pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden terbunuh dalam satu serangan oleh pasukan khas Amerika di Pakistan pada 2011, manakala Taliban masih meneruskan penentangan ke atas tentera asing di Afghanistan. 

Fail saman 

Keputusan itu adalah satu daripada beberapa ketetapan mahkamah yang dibuat berikutan saman yang difailkan oleh keluarga 47 mangsa daripada seramai 3,000 mangsa yang terbunuh dalam serangan itu. 

Tahun lalu, Hakim George Daniels menandatangani penghakiman yang menyebelahi plaintif, manakala seorang hakim kemudian membuat kiraan jumlah pampasan yang dicadangkan dan dipersetujui. 

Osama dan al-Qaedah didakwa bertanggungjawab ke atas serangan itu, apabila sebuah pesawat digunakan untuk merempuh menara WTO di New York dan merempuh Pentagon di Washington DC. 

Taliban menguasai Afghanistan ketika serangan dan memberi perlindungan kepada al-Qaeda, manakala Iran dipersalahkan sebilangan penyerang singgah di negara itu sebelum melakukan serangan.


Sumber : AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk