Ads 468x60px

Khamis, 4 Oktober 2012

Turki terus bedil Syria

Unit artileri serang sasaran tentera jiran buat hari ke-2

Akcakale: Unit artileri Turki melancarkan serangan ke arah sasaran tentera Syria buat hari ke-2 selepas bedilan mortar dari sempadan jiran menyebabkan lima penduduknya maut.


Buat masa ini, Turki  menekankan belum berniat mengisytiharkan perang meskipun ketegangan meningkat akibat kematian penduduknya di Akcakale. 



"Tentera Turki melancarkan lima artileri selepas tengah malam dan sekali lagi pada 5 pagi semalam." - Mustafa Guclu, Saksi di Akcakale
Lima mati, 10 cedera

Serangan mortar dari wilayah Syria mengenai sebuah rumah penduduk Turki menyebabkan kematian seorang wanita, tiga anak perempuannya dan seorang lagi wanita selain mencederakan 10 lagi.

Ada penduduk Akcakale lari dari rumah dan tidur di tempat terbuka di sini manakala orang lain berkumpul di luar pejabat Datuk Bandar kerana takut kediaman mereka turut kena serangan dari sempadan.

Turki segera melancarkan serangan balas dengan unit artileri melancarkan beberapa bedilan ke sempadan Syria. 
Kejadian itu juga menyebabkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengadakan sesi rundingan tergempar di Brussels.

Serangan langgar undang-undang antarabangsa

Ia menuntut semua tindakan agresif dihentikan terhadap Turki yang juga sekutu NATO selain menyifatkan serangan mortar itu melanggar undang-undang antarabangsa.

Seorang saksi di Akcakale, Mustafa Guclu, berkata tentera Turki melancarkan lima artileri selepas tengah malam dan sekali lagi pada 5 pagi semalam.

Parlimen Turki pula membincangkan rang undang-undang membenarkan tentera melancarkan serangan di seberang sempadan Syria.

Jika diluluskan, anggota tentera Turki dibenarkan mengambil tindakan masuk ke wilayah jirannya tanpa membabitkan askar negara sekutu.

Sebelum ini, Turki sudah mengambil langkah sama di utara Iraq dengan memerangi militan Kurdis.

Seorang ahli perundangan, Yalcin Akdogan, yang juga penasihat kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Beliau mengakui serangan dilancarkan terhadap sasaran tentera. “Apa jua keputusan (Parlimen) selepas ini, semuanya bergantung kepada pendirian Syria,” katanya.

Sumber : AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk