Acara itu yang di turut dianjurkan bersama Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) diadakan sempena Persidangan Bersama Majeca-Jameca ke-31 yang akan diadakan pada hari yang sama.
Budaya, etika kerja“Dasar Pandang ke Timur membabitkan kajian dasar, penyelidikan dan pemilihan contoh dari Jepun berkaitan budaya dan sistem nilai mereka, yang termasuk disiplin, etika kerja dan cintakan negara.
“Kini tiba masanya kita meneroka satu dimensi kerjasama baru dan kita berharap acara ini akan meneroka perkongsian strategik antara syarikat Malaysia dan Jepun untuk memudahkan satu anjakan paradigma landskap ekonomi Malaysia kepada satu ekonomi yang dipacu inovasi dan kreatif, yang disokong oleh satu kumpulan bakat tenaga manusia mahir dan kreatif,” kata Ketua Eksekutif MIDA Datuk Noharuddin Nordin.
Peluang jalin kerjasama
“Peserta boleh menjangka mendapat peluang baik menjalin jaringan dengan perniagaan tempatan dan asing serta bertukar idea mengenai inovasi dan kreativiti bagi memacu pertumbuhan lebih lanjut,” katanya.
Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan persidangan itu yang akan menghimpun kira-kira 500 peserta Malaysia dan luar negara, khususnya dari syarikat pelbagai negara Jepun dan ahli Dewan Perniagaan tempatan.
Acara itu akan dihadiri juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, katanya.
Persidangan Dasar Pandang ke Timur itu akan menjadi satu platform bagi usahawan dan pelabur Malaysia dan Jepun untuk berkongsi kepakaran, idea dan strategi perniagaan masing-masing serta meneroka peluang pelaburan baru.
Ia akan menampilkan ramai penceramah terkemuka termasuk Ketua Eksekutif Agensi Inovasi Negara Mark Rozario, Kimihisa Kitamura dari Kawasaki Gas Turbine Asia Sdn Bhd dan Tetsuro Kobayashi dari Overseas Human Resources and Industry Development Association (HIDA).
Penyertaan pada persidangan itu adalah percuma.
Sumber : Berita Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan