KUALA LUMPUR - Enam kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 12 tengah hari ini.
Menurut Jabatan Alam Sekitar di laman sesawangnya, lokasi berkenaan ialah USM Pulau Pinang dengan bacaan 65, Pelabuhan Klang (61), Nilai (58), Banting (56), Bukit Rambai (54) dan Port Dickson (52).
Tempat lain di seluruh negara mencatat IPU yang baik dengan bacaan sekitar 17 hingga 49.
Bacaan IPU yang baik berada antara 0-50, sederhana (51-100), tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya pada bacaan melebihi 300.
Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my. - Bernama
Isnin, 31 Mac 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan