KAJANG - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini menyifatkan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menunding jari ke arah BN dalam isu 'bomoh bubu' dianggap sebagai orang politik yang sudah kehabisan isu.
Menurutnya, perkara itu jelas menunjukkan bahawa Anwar sudah kehabisan agenda untuk dibawa kepada rakyat,sehingga sanggup menyalahkan BN bagi memperlihatkan sisi baiknya kepada rakyat.
"Saya fikir, Anwar buat macam itu, sebab beliau tiada isulah, dia tidak boleh cerita apa kebaikan yang boleh dibawa untuk Kajang walhal kita lebih tertumpu kepada soal-soal kebajikan rakyat di sini.
"Oleh itu, saya merayu penduduk di Dun Kajang supaya beri peluang kepada Datin Paduka Chew Mei Fun wakil BN,untuk jadi Adun disini, sebab beliau mempunyai 'track record' yang cemerlang dan saya yakin dan percaya bahawa beliau boleh menjadi wakil rakyat yang baik," katanya ketika kepada Sinar Harian Online di Sungai Kantan,Kajang hari ini.
Baru-baru ini dalam sesi sidang Dewan Rakyat, Anwar baru-baru ini 'mengusik' anggota Parlimen BN apabila menggesa kemunculan Ibrahim "Bomoh Bubu" dirujuk kepada Perdana Menteri dan isterinya.
Pada 10 Mac lalu,"Bomoh Bubu"atau nama sebenarnya Abdullah Mat Zin, mencuri perhatian ramai apabila muncul di KLIA menggunakan bubu,mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta serta berdoa supaya melepaskan penumpang MH370 agar dapat dijumpai secepat mungkin.
SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan