Ads 468x60px

Isnin, 31 Mac 2014

Najib ucap selamat kepada masyarakat Telegu


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu kepada masyarakat Telugu.
   
"Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan 'Ugadi Shubhakanshalu' kepada semua rakyat Malaysia dari kaum Telugu sempena Tahun Baharu Telugu," katanya di akaun Facebook.
   
Namun nasib 239 penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines yang hilang masih menjadi ingatan Najib.
   
"Sementara mengalu-alukan menjelang tahun baharu, mari turut mengingati dan berdoa ke atas penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 serta keluarga mereka," kata beliau.
   
Pesawat Boeing 777-200 yang menuju Beijing hilang daripada skrin radar kira-kira sejam selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac.
   
Terdapat kira-kira 300,000 masyarakat Telugu, yang berasal dari negeri Andhra di India, di Malaysia. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk