Ads 468x60px

Jumaat, 21 Mac 2014

Sasar jual 30,000 unit City



HONDA Malaysia Sdn Bhd (Honda) menyasarkan untuk menjual 30,000 unit Honda City Serba Baharu sepanjang tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, sasaran itu relevan berdasarkan rekod prestasi dan menjangkakan untuk menjual 2,500 dapat dijual sebulan.

“City generasi keempat ini adalah sedan segmen B dan kami telah menerima 1,800 tempahan bagi semua jenis varian Honda City Serba Baharu ini.

“Berdasarkan pelancaran Honda City serba baharu ini kami jangkakan ia mampu meningkatkan hasil jualan sehingga 40 peratus bagi semua jenis model berbanding tahun lalu.

“Tahun lalu Honda Malaysia telah menjual 51,550 unit kenderaan dan dijangka meningkat sehingga 75,000 unit,” katanya selepas Majlis Pelancaran Honda City Serba Baharu.

City adalah sedan terlaris Honda Malaysia sejak ia diperkenalkan dalam pasaran tempatan pada 2001 dengan lebih 145,000 unit terjual.

Honda City didatangkan dalam empat varian dengan harga bermula RM75,800.

Sementara itu, Honda Malaysia bakal melancarkan City Serba Baharu hibrid bagi mengembangkan pilihan CKD hibrid.


SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk