Ads 468x60px

Memaparkan catatan dengan label SIDANG PARLIMEN / DUN.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SIDANG PARLIMEN / DUN.. Papar semua catatan

Isnin, 31 Mac 2014

Akta Pencegahan Jenayah berkuat kuasa Rabu ini

\

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, khusus untuk membanteras jenayah terancang dan berat akan dikuatkuasakan Rabu ini.
   
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata selain bukti kerajaan komited membanteras aktiviti jenayah, akta yang akan diwartakan esok itu bertujuan memastikan usaha pencegahan dapat dilakukan segera.
   
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang ingin tahu bila POCA akan dilaksanakan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
   
Wan Junaidi menjelaskan akta itu antara lain memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan arahan menahan penjenayah selama dua tahun.
   
Beliau berkata pelaksanaan akta bagi memerangi dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan atas kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam atau pencegahan jenayah.
   
Kepada soalan asal Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik), yang ingin tahu bagaimana pelantikan anggota ke dalam Lembaga Pencegahan Jenayah dibuat, Wan Junaidi berkata pelantikan dibuat sepenuhnya oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.
   
"Semua pelantikan adalah melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong, dan Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak terlibat dalam proses pelantikan itu," katanya. - Bernama

Sabtu, 22 September 2012

Jakim mahu RUU Perubatan Tradisional rangkumi perubatan Islam

SEPANG- Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) berharap Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari, yang akan dibaca buat kali kedua pada persidangan Parlimen bermula minggu depan, turut mengambil kira soal perubatan Islam.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jakim bersetuju agar perubatan Islam turut dimasukkan dalam rang undang-undang terbabit, sepertimana perubatan tradisional Melayu, Cina dan India.
  
"Bagaimanapun soal teknikal akan difikirkan oleh pihak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan majlis pelepasan jemaah haji 1MDB di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.
  
Rang undang-undang yang dibaca buat kali pertama di Parlimen Jun lalu itu hanya menyenaraikan perubatan tradisional Melayu seperti urutan, herba dan rawatan selepas bersalin, perubatan tradisional Cina seperti akupuntur, moxibustion dan Qi Gong serta perubatan tradisional India iaitu ayurveda, siddha dan yoga.
  
Kaedah perubatan Islam tidak turut disenaraikan kerana dikatakan tiada bukti saintifik dalam perubatan itu.


Sumber : Bernama

Widget Busuk