Ads 468x60px

Khamis, 4 Oktober 2012

Romney menang debat pertama

Obama pasif dihujani kritikan calon Republikan

Washington: Calon Parti Republikan, Mitt Romney kembali mendapat rentak untuk mencabar Presiden Barack Obama dalam pilihan raya bulan depan selepas keputusan tinjauan menunjukkan beliau menang pusingan pertama debat calon presiden Amerika Syarikat. 




Begitupun, penganalisis berpendapat, terlalu awal untuk mengatakan Romney memiliki kelebihan ke atas Obama dalam perlumbaan ke Rumah Putih. 

Romney tahu apa yang perlu dilakukan iaitu sampaikan mesejnya dan beri keyakinan kepada penyokong Republikan bahawa beliau boleh menang pilihan raya," - G Terry Madonna, Pengarah Pusat Politik dan Hal Ehwal Awam di Kolej Franklin dan Marshall
Tinjauan yang dijalankan oleh Cable News Network (CNN) mendapati 67 peratus responden beranggapan Romney mengalahkan Obama dan hanya 25 peratus berpendapat sebaliknya. 

Selain itu, satu lagi tinjauan oleh CBS News menyaksikan lebih dua kali ganda bersetuju bahawa Romney menang.

Obama kurang bermaya

Obama bercakap lebih lama dalam perdebatan 90 minit di Denver itu tetapi pencabarnya lebih berjaya memberi pandangan meyakinkan berbanding presiden yang kelihatan kurang bermaya dan debat pertama daripada tiga menjelang undian 6 November depan. 
“Tidak ragu-ragu lagi, Romney menang. Presiden tidak berada dalam prestasi terbaik kali ini,” kata Pengarah Pusat bagi Politik dan Hal Ehwal Awam di Kolej Franklin dan Marshall, G Terry Madonna yang memantau pilihan raya sejak 1960.

Romney lebih agresif tanpa membuat provokasi dengan menghentam rekod ekonomi Obama serta menekankan bahawa beliau akan lebih berjaya mencipta peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi berbanding pentadbiran sekarang.

“Adakah ia kemenangan besar? Tidak. Adakah presiden gagal sama sekali? Sudah tentu tidak.

“Romney tahu apa yang perlu dilakukan iaitu sampaikan mesejnya dan beri keyakinan kepada penyokong Republikan bahawa beliau boleh menang pilihan raya,” katanya. 

Sokongan Romney naik

Pada masa sama, penganalisis percaya, sokongan untuk Romney naik satu atau dua peratus mata.

“Beliau masih hadapi cabaran besar. Mungkin beliau akan dahului sokongan di Virginia atau Florida dalam masa dua tiga hari lagi,” kata profesor di Universiti Georgetown, Clyde Wilcox.

Cuma, di banyak tempat lain, beliau mendahului sokongan termasuk Ohio dan Wisconsin. Jadi, persoalannya ialah sama ada Romney boleh mengatasinya sebelum pengundian bermula.

Penasihat empat Presiden Amerika, David Gergen, berpendapat keadaan lebih terbuka bagi Romney selepas ini.

“Mitt Romney berjaya mencapai matlamatnya dalam perdebatan pertama. Beliau yang kuasai debat,” katanya.

Sumber : AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Widget Busuk